Mesyuarat Agung Tahunan 2025

Pada Selasa 10 Februari 2026, Koperasi Siswazah Ekonomi UKM Berhad telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali ke-4 bagi sesi 2024/2025 di Bangi Gateway, Bangi, Selangor.

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh prinsip-prinsip koperasi dalam kalangan anggota, di samping memperjelaskan perkembangan ekonomi koperasi melalui pembentangan laporan tahunan, penyata kewangan serta perbincangan agenda yang dibentangkan. Segala perbincangan yang diadakan bertujuan memastikan kesinambungan pembangunan organisasi, pengukuhan organisasi, pengukuhan kegiatan ekonomi dan peningkatan kualiti perkhidmatan koperasi.

Selain itu, mesyuarat turut menyaksikan pelantikan Anggota Lembaga Koperasi bagi Sesi 2026/2027 untuk meneruskan agenda pembangunan aset serta perancangan pelaburan jangka panjang koperasi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas komitmen serta sokongan semua pihak dalam menjayakan mesyuarat ini. Semoga seluruh warga KSEUB terus mengekalkan semangat kebersamaan dan memperkukuh usaha dalam membina koperasi yang cemerlang dan berdaya saing.

“MEMBANGUN BERSAMA KOPERASI”

Kongsikan artikel ini