Pada hari Isnin, 27 Julai 2026, Koperasi Siswazah Ekonomi UKM Berhad telah menerima pelantikan sebagai ejen sah bagi pengambilan pelajar tempatan dan antarabangsa untuk Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
Peluang kerjasama ini bukan sahaja menjadi salah satu cabang strategik dalam pembangunan aset serta pelaburan jangka panjang koperasi, malah turut menyumbang kepada usaha memajukan sistem pendidikan negara.
Penyertaan ini membawa harapan agar koperasi dapat mencapai kemajuan dalam pembangunan organisasi, memperkukuh kegiatan ekonomi serta memperluaskan tawaran perkhidmatan khususnya dalam bidang pendidikan. Kerjasama ini juga dijangka memberikan nilai tambah yang signifikan kepada jenama koperasi, bukan sahaja dari aspek kredibiliti, malah membuka peluang untuk mengukuhkan lagi struktur perniagaan sedia ada.
Jalinan kerjasama bersama UMPSA amat bermakna kepada koperasi, selaras dengan kepercayaan yang diberikan terhadap pengetahuan, kepakaran dan dedikasi koperasi dalam usaha melahirkan penuntut yang berkualiti serta berdaya saing seterusnya menyokong misi universiti dalam menyediakan pendidikan yang bernilai.
KSEUB berharap agar jalinan kerjasama ini akan membawa manfaat yang besar kepada semua pihak melalui peluasan peluang serta penerokaan bidang kerjasama strategik. Usaha ini bukan sahaja dapat mempererat hubungan, malah menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan ekonomi negara.
Semoga hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak ini akan terus kukuh, harmoni dan berterusan dengan jayanya.
“Membangun Bersama Koperasi.”
“Where Learning Never Ends…”


