Kunjungan Hormat KSEUB ke Pejabat Pengarah UKMShape

Pada 23 Oktober 2025, Anggota Jawatankuasa Kerja Koperasi Siswazah Ekonomi UKM Berhad (KSEUB) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat YBhg. Lt. Kdr (B) TLDM Prof. Madya Dr. Lokhman Hakim bin Osman, Pengarah UKMShape.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan KSEUB serta memperkukuh hubungan kerjasama strategik dalam melancarkan program pengambilan pelajar antara kedua-dua institusi.

YBhg. Pengarah UKMShape telah menyambut baik kunjungan ini dan merakamkan penghargaan kepada pihak KSEUB atas komitmen yang ditunjukkan dalam menjayakan pelaksanaan program pengambilan pelajar.

KSEUB berharap agar jalinan kerjasama ini akan membawa manfaat besar kepada semua pihak yang terlibat melalui peluasan peluang serta penerokaan bidang kerjasama strategik yang bukan sahaja mempererat silaturahim, malah menjadi pemangkin kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan ekonomi negara.

Semoga hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak ini terus utuh, harmoni dan berjalan dengan lancar.

“Membangun Bersama Koperasi.”

Kongsikan artikel ini