
Koperasi Siswazah Ekonomi UKM Berhad (KSEUB) ditubuhkan secara rasmi pada 11 April 2019 di bawah subseksyen 7(1), Akta Koperasi 1993 dengan nombor pendaftaran W-6-1241. Penubuhan ini lahir daripada semangat ukhuwah dan keinginan untuk menyumbang semula kepada masyarakat oleh sekumpulan alumni Fakulti Ekonomi UKM, kohort tahun 1982–1986.
Idea awal penubuhan koperasi tercetus melalui perbualan dalam kumpulan WhatsApp “Geng FE UKM 82/86” yang diasaskan oleh Saudara Razali Abd Karim. Tujuannya adalah untuk mengumpulkan semula rakan-rakan sepengajian dan mencari cara menyatukan potensi serta kepakaran yang dimiliki demi manfaat bersama.
Langkah pertama direalisasikan dengan Mesyuarat Agung Penubuhan yang diadakan pada 15 Disember 2018 di Bangunan Pusanika UKM, dengan sokongan daripada Prof. Datuk Dr. Muhammad Hussin, Pengetua Kolej Keris Mas ketika itu. Pada peringkat awal, koperasi didaftarkan di alamat JKR 2595/25, Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan, 50480 Kuala Lumpur sebelum berpindah ke lokasi tetap di UKM Bangi.
Sejak penubuhannya, KSEUB berkembang sebagai sebuah entiti koperasi yang aktif dalam pendidikan, pelaburan, dan pengurusan pembangunan pelajar. Ia turut memainkan peranan dalam mewujudkan peluang ekonomi dan menyediakan platform sistematik untuk anggotanya melabur dan berkembang bersama.
Isnin – Jumaat:
8.00 am – 5.00 pm
Rehat: 1.00 pm – 2.00 pm
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup
Koperasi Siswazah Ekonomi UKM Berhad (No. Pendaftaran W-6-1241) © 2025 | Hak Cipta Terpelihara | Site by SS