Ahli Lembaga Pengarah

TAN SRI DATO' SERI MOHD ZUKI BIN ALI

Penaung

Merupakan mantan Ketua Setiausaha Negara Malaysia ke-15. Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia dan sekarang beliau dilantik menjadi Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan, Universiti Nanyang, Singapura dan Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia

DATO’ HAJI ZAZALI BIN HARON

Pengerusi

Merupakan mantan Pengerusi Eksekutif Surahanjaya Koperasi Malaysia. Berpengalaman lebih 37 tahun dalam memberi bimbingan dlm pengurusan Dan Perundangan Koperasi di negara ini. Beliau juga anggota lembaga pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dan pemegang amanah Yayasan Angkasa. Mempunyai kelulusan Master of Trade and Development, Eastern Michigan University dan merupakan bekas mahasiswa jurusan Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

ZUBER BIN ABDUL HAMID

Setiausaha

Merupakan mantan Pengurus Besar Koperasi Peserta Felcra Berhad dan kini bergiat aktif menguruskan perniagaan. Beliau memiliki Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

HAJI ABDULLAH BIN SAAD

Bendahari

Bermula sebagai Pegawai Eksekutif dan berakhir sebagai Penolong Pengurus di Permodalan Nasional Berhad (PNB). Berpengalaman bekerja di Research Analyst Department, kemudian di International Fund Management Department, seterusnya di Investment Division Department dan jawatan terakhir di Risk Management Department. Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

ZAHARAH HANUM BINTI MOHD GHAZALI

Anggota Lembaga Pengarah

Merupakan mantan Pegawai Eksekutif Malayan Banking Berhad. Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

MUHAMAD KHAIRUL BIN MOHD NOOR

Anggota Lembaga Pengarah

Merupakan mantan Ketua Bahagian (Kargo) Malaysia Airlines Berhad. Beliau mempunyai kelulusan Post Graduate Diploma in Personnel Management, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

CHE MUNI BIN MOHD NOR

Anggota Lembaga Pengarah

Merupakan mantan Pegawai Eksekutif sektor Kerajaan. Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

KHAIRUDDIN BIN HANAFIAH

Anggota Lembaga Pengarah

Beliau memiliki pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam sektor kewangan, khususnya sebagai Pengurus di Bank Negara Malaysia. Sepanjang kerjaya profesional, beliau terlibat secara langsung dalam pelbagai aspek pengurusan kewangan, dasar monetari, dan pembangunan institusi kewangan negara.

Beliau adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Statistik) dengan Kepujian dari Universiti Kebangsaan Malaysia, dan seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Pengurusan Perniagaan (Kewangan) di Universiti Malaya.

MOHAMAD SHAHID BIN ABU BAKAR

Anggota Lembaga Pengarah

Merupakan ahli perniagaan dan beliau mempunyai kelulusan Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

HAJI RAZALI BIN ABD KARIM

Anggota Lembaga Pengarah

Merupakan mantan Ketua Jabatan di Bank Muamalat Malaysia Berhad. Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Muda Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia dan Diploma Lanjutan Islamic Banking, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.