Penglibatan KSEUB di PAMERAN HARI KOPERASI NEGARA 2025

Pada 25 Julai 2025 hingga 27 Julai 2025, pihak Koperasi Siswazah Ekonomi UKM Berhad telah diberi peluang untuk terlibat pada Hari Koperasi Negara 2025 yang diadakan di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka atau Melaka International Trade Centre (MiTC) terletak di Ayer Keroh, Melaka.

Pihak KSEUB bertugas untuk mempromosikan program-program anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia disamping mengikuti aktiviti-aktiviti istimewa yang dijalankan di pameran Hari Koperasi Negara 2025 seperti Forum Perdana, cabutan bertuah, pameran, jualan koperasi, persembahan budaya, pertandingan-pertandingan dan persembahan artis yang memukau. Hasil daripada penglibatan ini, kakitangan KSEUB dapat menambah pengalaman berkhidmat untuk mempromosikan program-program kepada orang-orang yang hadir disamping menjalinkan hubungan baik dengan anggota-anggota koperasi dari seluruh negara. KSEUB mengambil pengajaran dan kemahiran yang dikongsikan kakitangan berpengalaman lain bagi meningkatan kualiti pekerjaan.

Koperasi Memperkasa Komuniti, Membina Negara MADANI

Kongsikan artikel ini