Pada 23 November 2024 hingga 1 Disember 2024, kakitangan Koperasi Siswazah Ekonomi UKM Berhad telah bertugas pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia ke-52 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM.
Pihak KSEUB bertugas untuk mempromosikan program-program anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia disamping mengikuti aktiviti-aktiviti istimewa yang dijalankan di Karnival Konvokesyen Ke-52 seperti jualan makanan, pertandingan-pertandingan dan persembahan artis yang memukau. Hasil daripada penglibatan ini, kakitangan KSEUB dapat merasai pengalaman berkhidmat untuk mempromosikan program-program kepada orang-orang yang hadir sambil meraikan hari bersejarah graduan. KSEUB mengambil pengajaran dan kemahiran yang dikongsikan kakitangan berpengalaman lain bagi meningkatan kualiti pekerjaan.
