Mesyuarat Agung Tahunan 2024/2025

Pada 19 Februari 2025, Koperasi Siswazah Ekonomi UKM Berhad telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke-3 di Dewan Ballroom, UKMShape, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mesyuarat dihadiri seramai 24 orang. Pengerusi, Dato’ Zazali Bin Haron, mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada Anggota Perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) pada kali ini. Kehadiran ini menunjukkan sokongan daripada anggota terhadap koperasi dan beliau berharap sokongan ini akan berterusan.

Pengerusi juga mengucapkan terima kasih bagi pihak KSEUB kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali yang hadir sebagai Perasmi MAT. Pengerusi memaklumkan bahawa YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali merupakan penggerak KSEUB yang mana beliau telah menyalurkan sumbangan awal bagi mengaktifkan KSEUB.

Pengerusi seterusnya mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Prof Datuk Dr Muhammad bin Hussin yang telah banyak membantu KSEUB terutama dalam aktiviti Pengurusan Pelajar yang mana aktiviti ini adalah merupakan aktiviti utama yang menjana pendapatan kepada KSEUB.

Pengerusi juga menyentuh mengenai perkembangan semasa dan memaklumkan tentang keuntungan KSEUB yang terkini. Sehubungan dengan itu, beliau menyeru supaya anak-anak anggota mendaftarkan diri menjadi anggota KSEUB.

 Pelbagai cadangan dan perbincangan yang telah diutarakan dalam mesyuarat bagi memastikan penambahbaikan dan pengurusan diuruskan dengan baik. Pengerusi berpendapat kejayaan koperasi ini dicapai hasil kerja keras dan dedikasi setiap pihak dalam KSEUB. Koperasi berharap dengan inisiatif-inisiatif baharu ini akan memberi manfaat jangka panjang justeru membantu koperasi ini untuk terus relevan pada masa hadapan.

Kongsikan artikel ini