Pada 17 Mac 2025, Anggota Lembaga Eksekutif Koperasi Siswazah Ekonomi UKM Berhad telah mengadakan satu perjumpaan khas bersama Pengarah UKMShape, YBhg. Prof Datuk Dr Muhammad bin Hussin. Tujuan perjumpaan diadakan adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung dengan projek utama KSEUB iaitu pengambilan pelajar.
YBhg. Prof Datuk Dr Muhammad bin Hussin telah meneliti dan berkongsi pandangan yang memberangsangkan bagi memastikan projek ini dapat dioperasikan dengan langkah-langkah yang terbaik. Berdasarkan pengalaman, beliau menitikberatkan hal-hal yang perlu dielakkan dan hal-hal harus diambil berat untuk mengurangkan risiko justeru memberikan nasihat ideal bagi memastikan KSEUB dapat memberikan servis yang berkualiti.
Dalam kesibukan menggalas pelbagai tanggungjawab, sebagai alumni dan rakan sepengajian, masing-masing tidak lupa untuk bertanya khabar dan kemas kini perkembangan semasa.