Tentang Kami

Koperasi Siswazah Ekonomi UKM Berhad (KSEUB)

Koperasi Siswazah Ekonomi UKM Berhad (KSEUB) ditubuhkan secara rasmi pada 11 April 2019 sebagai satu platform untuk memperkasa ekonomi alumni Fakulti Ekonomi UKM (kohort 1982–1986) melalui inisiatif pendidikan, pelaburan dan keusahawanan. Penubuhannya bermula daripada semangat kebersamaan dalam kalangan bekas pelajar yang ingin terus menyumbang kepada pembangunan sahsiah dan intelektual generasi seterusnya.

Beroperasi di Aras 2, Bangunan Pentadbiran Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), KSEUB komited untuk menawarkan peluang pendidikan tinggi berkualiti melalui kerjasama strategik bersama UKM dan rakan institusi dalam serta luar negara.

KSEUB turut terlibat secara aktif dalam program pengurusan pelajar, pembangunan hartanah pelajar, aktiviti pertanian lestari dan pelaburan koperasi, termasuk penyediaan perkhidmatan hibah dan wasiat menerusi kerjasama bersama Rakyat Trustee Berhad.

Sebagai sebuah koperasi yang unik dan berpandangan jauh, kami menyasarkan untuk menjadi antara Top 50 koperasi terbaik negara dalam masa 5 tahun, sambil terus mengukuhkan jaringan alumni dan membuka lebih banyak ruang untuk pembangunan masa depan yang mampan.